SUBSCRIBE TO UNIFI, STREAMYX & CELCOM BROADBAND HERE !!
To check Unifi service coverage, click here. For all service rates and registration, email us and we will get to you A.S.A.P.
Tektik Anak Selera Makan
Written by Admin Cetot Outlet.com Friday, 22 October 2010 22:36
Adui... susahnya nak suruh anak kita makan kan? saya pernah mengalamani.. jenohh.. kadang-kadang kita dah penat masak untuk mereka..tup-tup tak makan... masa tu.. kesabaran ajela yang ade.. boleh jadi monster di bueknya...
Hasil dari pembacaan saya, saya nak share sedikit tips atau taktik nak bagi anak selera makan.. boleh lah mencuba :)
PERLU LAKUKAN:
- Makan Sendiri
Dalam milestone anak-anak, kita perlu bagi anak-anak kita untuk mencuba makan dan suap sendiri kan.. jadi.. bagi mereka makan sendiri...walaupon menyuapkan mereka makan lagi cepat dan senang dan confirm byk makan...lagi satu.. kita malas nak tengok makanan sepah-sepah...tak apa. sabar.. kalau malas sepah2, letak surat kabar..lepas makan terus bungkus surat kabar terus buang. Tapi kita kena awasi juga takot anak-anak kita tercekik
.
- Warna-Warni
Ape pulak le yg warna-warni.. ? color pensil ke? bukan bukan... apa sahaja la yang berwarna warni, dari pinggan mangkuk anak-anak, sudu, cawan dan sebagainya dan tak lupa juga makanan.. kerana ia boleh menarik minat anak-anak kita..Untuk makanan pula.. boleh campur dengan sayuran yang berwarna warni.. kena creative gak la
- Lebih Kurang Sama
Bayi yang berumur 10 bulan ke bawah mempunyai makanannya sendiri. Jika dia makan semeja dengan ahli keluarga yang lain, pastikan warna makanannya sama seperti warna makanan yang disediakan untuk ahli keluarga yang lebih dewasa. Ini untuk mengelakkan dia keliru sehingga membantutkan selera makan. Tanggapan: dia tidak boleh makan apa yang orang lain boleh makan
- Tukar Setiap hari
Tukar apa? tukar menu.. jenoh kan... kekeke.. anak saya pon kadang2 asyik makan makanan yang sama aje.. sebab kalau buat yang lain karang tak makan.. tapi ni lah hakikatnya.. ibu-ibu perlu sediakan makanan yang berbeza setiap hari.. kita pon boleh bosan kalau makan benda yang sama setiap hari.. inikan pula kanak-kanak.. sama je
- Makan bersama anak
Jangan makan sorang-sorang atau berdua dengan suami je.. makan sekali dengan anak-anak so that kita leh bantu die habiskan makanan dan bagi galakan dan dorongan kepada anak-anak
- Hanya Ketika Lapar
Bagi anak makan hanya ketika dia betul-betul lapar. Macam kita kalau kenyang, mesti macam tak nak makan sangat sebab perut dah penuh, sama seperti anak-anak kita
- Mudah dipegang
Bagi anak-anak yang masih kecik. bagi makanan jejari, sebagai contoh carrot yang dipotong panjang2, kacang, brocoli atau sebagainye...dan ini akan mendorong anak gemar menyuap sendiri
- Beri Pujian
Setiap kali anak-anak habis makan, jangan lupa bagi pujian..contoh.. tepuk tangan.. cakap PANDAINYE MAKAN.... dan sebagainya..anak-anak selalunya suka kalau kita bagi pujian.. mcm kita juga kan...
JANGAN LAKUKAN
- Memaksa anak makan
Pada suatu peringkat, anak kurang suka makan dan lebih menggemari susu, jangan risau ye, sebab susu anak-anak kita mempunyai kandungan nutrien yang diperlukan. Jika dia sihat dan aktif tidak mengapa, tapi kalau nampak lesu, segera berjumpa doktor. Jadi... kita jangan paksa anak-anak kita makan nanti mereka rasa tertekan sekaligus terus tak ada mood untuk makan.Let them it at their own pace.
- Susu menghampiri waktu makan
Make sure waktu anak minum susu tak hampir dengan waktu makan mereka.. kalau tak nanti dieorang kenyang..terus x nak makan.. cetot byk kali alami.
- Beri banyak air
Banyak sangat minum air , mesti anak-anak kita akan kenyang. terus tak nak makan.. anak ke dua saya memang suke tol minum air... pastu makan tak nak sebab dah kenyang
- Hidangan terlalu banyak
Hadkan jumlah makanan dalam pinggan anak-anak, takot dieorang tengok makanan banyak sangt di pinggan..
Tu je yang cetot nak share untuk kengkawan, kalau ada nak tambah apa-apa dan nak share apa-apa, boleh tinggalkan di ruangan comment di bawah :) Selamat mencuba taktik di atas! semoga berjaya 

Rujukan dan petikan: Majalah Pa&Ma keluaran Mac 2009
| < Prev | Next > |
|---|
Who's online
Product Categories
NuffNang
Newsletter
Order Query
You may check your order status from here by just insert the
Order Number below :
Payment Method




Visitors Counter







![]() | Today | 136 |
![]() | This week | 2997 |
![]() | This month | 12042 |




Comments
Hamizah ada makan herba-herba tak? kot-kot dia ada rasa semacam kat susu tu? cube awak rasa sket..sebab pemakanan kita mempengaruhi susu kita (sure hamizah aware tentang ni)..emmm mcm mana nak cube lagi ye... atau dia dah kenyang maybe... berapa kali die menyusu? if let say kurang, cuba bagi susu formula, mintak sample pack but this one last resort, lebih baik go on dengan susu ibu... cuba peratikan jadual lapar dia.
Tentang makan tu..baper bulan ek hamizah start? 4 bulan ke 5 ke 6? dah try variety kan food tak mcm tips kat atas ni? cube petua kat atas ni, Insyaallah, sikit2 pasti ada perubahan... gud luck, mmg bab2 makanan, ramai ibu-ibu mengalami masalah yg sama even cetot. As long as anak aktif, minum susu, do not worry... if pergi checkup, doc kata okay, then should be fine..
dah cuba tak tips2 kat atas tu? cube kasi die makan ramai2 ngan adik dia.. mana tau die berselera.. dia tak nak cube rasa tu.. die tgk je x nak tanpa rasa dulu mcm anak cetot.. cetot paksa letak kat mulut sket kasi rasa, pastu baru nak. cuba bagi pisang or apple nak x? otherwise try bagi mkn vitamin utk selera makan.. or scott emulsion pon bagos.
nasi lemak or sup2 pon x nak ke?
ank sye yg sulong haye mkn telur nagn nasi jer..hmm pening la cz dier xnk ikan, ayam n sayur..buah pon xmkn..mmg pelik...dah try byk kali bg mkn suma2 tu, tp still xnk gak..
RSS feed for comments to this post