Solat Sunat Dhuha

PDF | Print |

Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.

 

Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).
Justeru, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah penat bekerja. Maka disarankan juga sekiranya masa tersebut diisi sekadar empat hingga lima minit dengan sujud menyembah Ilahi sama ada di rumah atau di tempat kerja dengan syarat tidak mengetepikan perkara-perkara atau urusan yang wajib dan utama daripada yang sunat.
 
 
CARA MELAKSANAKANNYA
1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)
2) Waktu : Pagi anggaran 7.00 pagi hingga 1.00 Tghari
3) Solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan selepas al-Fatihah, menurut hadis ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim). Tetapi sekiranya tidak menghafal surah al-Syams, boleh la di baca surah-surah biasa yang lain
 
 
Niatnya:
"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
 
Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali (bacaan yang lebih afdal)
 
Baca doa ini selesai solat (Doa yang lebih afdal)

Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, 
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah, 
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, 
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Credit:

 

 

Comments  

 
0 #1 Liza 2013-02-28 11:44
As salam.
Mohan share ye untuk kawan-kawan pejabat.
Tksh :-)
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh

Who's online

We have 35 guests online

NuffNang

Payment Method

Visitors Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday32
mod_vvisit_counterThis week536
mod_vvisit_counterThis month9094

Order Query

You may check your order status from here by just insert the
Order Number below :


 

Newsletter