Kandungan luar rahim

Tuk tuk….. Assalamualaikum.. punyelah lama tak berblogging..tetibe malam ni ntah ape mimpi terus berblogging. Nak dikatakan sarah labah labah memang dah sesakkk.. ! semua sarang binatang ada dekat blog aku ni..

Macam macam hal berlaku sebelum ni dan aku jugak tak sempat nak berblog semenjak kelahiran si kenit comel..  x cukup masa beb…

Tapi malam ni blog ni macam ada magnet tarik tarik aku untuk jari-jrmari ku yang halus dan lembut gemalai ni untuk menaip.

Aku dikejutkan oleh SMS dari kakak ku , kakak nombor 2. Sebelum ini dia ada mesej tetang period yang tak menentu, lepas tu naper lama sangat period tapi sikit sikit. Breast juga sakit dan perut kembung katanya. Dia tanya kat aku..pregnant ke, so aku sarankan untuk buat pregnancy test kit. Selepas beberapa hari, dia buat pregnancy test guna kit kat watson/guardian tu je yg sekarang ni dah boleh dapat murah bawah RM10 pon boleh.. dan happy to her..gud news, shes’s pregnant. So pada sebelah petangnya selepas balik dari sekolah.. almaklumlah cikgu susah betol nak keluar kejap pergi klinik, nak coti pun payah, kalau la kerja kat swasta, anytime aje amik time off, kekadang tu mengambil kesempatan amik time off, sesikit time off..citer merapu pulak. Sambung !.. sesampainye di klinik, doctor cuma bagi ubat kuatkan rahim dan bagi asid folic. Tak di scan sebab pregnancy baru lagi.

Ntah kenapa dia rasa tak sedap hati, still bleeding sesikit so pergi jumpa doctor pakar.. ntah ape doctor pakar buat aku pon x tau la sebab lom g melawat die ni kat spital. doctor pakar kata, ada macam darah beku dekat ovari dia, dah takot kanduangan luar rahim. So semasa kakak aku sms ni dia dah ke hospital kerajaan, katanya nak kena tebuk perut untuk teropong masalah sebenar.. phewww ngeri nye aku dengauu… Ni dia cerita pagi tadi. PUkul 8.30pm dapat SMS. Kak lela dah kena operate. sakit. tebuk 3 lubang. pregnancy luar rahim.

Bila dengar macam tu… aku punya perasaan tersangat sangatlah sedih, sangat hiba…dan terus la panggil pakcik google, dok membaca tetang kanduangan luar rahim atau bahasa owang putih, ectopic pregnancy. Wuuu sangat mengerikan. Aku reply sms tanya tentang baby macam mana dan macam mana dengan tiubnya..tapi tak berreply, mungkin dah ngantok sebab masa aku baca sms dah pukul 11 lebih, aku tengah bersilat ngan anak anak aku.

Perasaan aku sekarang? sedihhh… terbayang2 perasaan kakak aku ..mesti dia rasa sangat sedih.. masa dapat tau pregnant mesti die rasa happy… sebabnya anak pertama dia dah berumur ….dah darjah 6, baru lepas ambil UPSR. sebelum ni berusaha jugak untuk pregnant, cek sana cek sini.. teringin sangat nak dapat baby… asyik adik dia je yang mengandung, hehe… ALhamdulillah…aku pon tak sabar nak tunggu kakak kakak dapat baby.. dan yang tak best nye sebab  dia dah 38 tahun….so kalau tiub sebelah di buang atau digunting, kena tunggu 6 bulan ke atas atau setahun utk pregnant semula. Kalau muda remaja lagi boleh la bertahan sikit, ni dah 38 tahun.. waaaaaaaaaaaa sedihnyee akuuu… Tuhan maha Kuasa…

Aku berharap kakak aku tabah menghadapi semua ni dan aku tau dia sangat kuat.. shes so strong :(

 

Mode : sedih.. semoga dia diberikan rezeki zuriat lagi..amin…

Serabutss

Pepagi dah serabutss….

Hari-hari serabuts

Fikiran serabuts

Otak serabuts

Hati serabuts

Perangai serabuts tak?… perangai okay lagi..masih berada di tahap normal, masih belum kritikal…

Sabar sabar sabar.. itu ajelah kata kata hikmah yang orang sebut….

Berapa banyaklah kesabaran yang aku ada….

Mengeloh tidak elok, tetapi

Dah berapa byk keluhan aku dalam sehari….. tak terkira….

Sabar… again.. sabar…

Pagi hari yang stress

Pagi pagi bank dah call tanye hutang..

Waahh… sangat rajin pekerja bank dan sangat efficient…

Dengan serta merta mood sudah bertukar

Rasa nak menjerit pon ada

Semangat yang kuat untuk menyiapkan kerja terus hancussss, terus dibayangi macam-macam perkara dan hutang hutang keliling pinggang

Apekahh…??

Sampai 3 tahun ke harus macam ni? mamposss…..

Pertolongan menjadi penyeksaan buatku …..

Aku tidak akan menghalalkannya…….

Ko ingat ko boleh hidup senang kalau ko main mainkan duit orang?

Ape ape jelah labu…

Harap-harap dapat duit terpijak untuk bayar segala hutang piutang…..

SADDISSS………………..

Untuk Tatapan Para Suami

 

Ada aku peduli isteri dan anak-anakku sudah makan atau belum…

Ada aku peduli jika isteriku tak sempat makan kerana sibuk melayan anak-anak….

Ada aku peduli jika isteriku masih di dapur menyediakan keperluan pagi esok ketika aku sedang berdengkur…

Ada aku peduli siapa yang membelikan sabun mandi, ubat gigi dan meletakkannya di dalam bilik aku bersiram….

Ada aku peduli dah berapa lama isteri aku begitu setia menggosok kain bajuku…

Ada aku peduli bagaimana layanan yg isteriku dambakan dari aku seorang suami…

Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku pulang ke rumah dengan wajah kusam dan masam….

Ada aku peduli adakah wang yang masih bersisa utk isteri dan anakku ketika aku hendak kepergian….

Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku tidak pernah menelefonnya ketika aku bertugas di luar…..

Ada aku peduli berapa harga gincu jika isteriku ingin memerahkan bibir yang pudar ditelan masa….

Ada aku peduli bilakah kali terakhir aku menghadiahkan minyak wangi kepada isteriku…

Ada aku peduli bila kali terakhir aku membelikan pakaian utk wanita yg rela menjadi isteriku…menjadi ibu anak-anakku…

Ada aku peduli kenapa isteriku terlelap bersama linangan airmata….

Ada aku peduli jika isteriku terjaga di tengah malam kerana dengkurku……dan aku terus nyenyak tidur dibuai mimpi indah seorang lelaki….

 

Tiba-tiba aku MENJADI PEDULI dan MENGAMBIL PEDULI

 

 

 

Ketika telefon isteriku berdering di malam hari…

Ketika isteriku mula belajar ber’sms’..dan berchatting…

Ketika isteriku kembali berhias seperti ketika aku mula jatuh hati padanya…

Ketika isteriku sanggup tidak makan malam kerana mahu menjaga badan

Ketika isteriku tidak meminta lagi aku menjadi imamnya….

Ketika isteriku memilih tidur bersama anak-anakku…..

Ketika dia tidak lagi mencium tanganku ketika aku hendak pergi…

 

Kini, aku baru ingin bertanya kenapa isteriku dah tak peduli padaku?

 

P/s : Tidak ada manusia yang sempurna baik suami ataupun isteri. Jangan mengharap dilayan seperti raja jika kita tidak pernah menganggap isteri itu permaisuri hati kita. Jangan diharap bunga yang indah jika kita tidak pernah membajanya. Dan selalulah ingat, bila hati seorang wanita telah retak, dia boleh menjadi lebih keras daripada seorang lelaki.

 

~ by Ukhty Norhidayu Abdullah.

 

“Juliana”

Tatkala ini saya sangat sensitif dan benci dengan nama…

“Ju”, “Juli”, “Juliana”, Juliana Banos??

ehhh ape citer juliana banos ek..dah lama x dengar citer die..

Kenapa saya sensitif dengan nama di atas?? sebab saya benci laa….

Maaf kepada sesiapa yang bernama “Juliana” di luar sana…

http://intim.wordpress.com/2007/02/25/gugurkah-tanggungjawab-suami-apabila-isteri-bekerja/

Satu perkara yang memang telah diketahui umum malah oleh segenap lapisan masyarakat termasuklah mereka yang bertanyakan soalan ini bahawa seorang suami adalah wajib menanggung segala perbelanjaan isterinya walaupun isterinya bekerja. Masalahnya ialah mereka yang mengetahui kebenaran ini enggan menerima kebenaran tersebut dan mangsanya adalah para isteri yang mengajukan soalan sebegini walaupun jawapannya telah mereka tahu dan hanya inginkan satu kepastian.

Islam malah agama lain juga menetapkan bahawa suami adalah sebagai ketua keluarga. Apabila disebut sebagai ketua maka jelas sudah bahawa seorang suami bertanggungjawab atas segalanya. Makan, minum, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan segala yang terangkum sebagai satu keperluan bagi isteri dan juga satu perkara sampingan tetapi menjadi perkara utama apabila dilakukan demi suami tercinta seperti rawatan kecantikan dan solekan.

Malahan, sekiranya suami seorang yang mampu tetapi masih mengizinkan isterinya bekerja, suami sewajarnya menanggung segala kos ulang alik si isteri ketika bekerja. Segala pendapatan isteri pula adalah hak mutlak si isteri dan suami sekiranya berkehendakkan hasil pendapatan isteri bagi membantunya menanggung perbelanjaan rumah tangga, adalah dikira sebagai berhutang dengan si isteri. Cuma demi kerukunan rumah tangga malahan di dalam era globalisasi dan ketamadunan yang kian mencabar ini, memang satu bonus dan satu keperluan bagi sesetangah individu untuk si isteri bekerja bagi membantu meringankan tanggungan suami.

Membantu meringankan bebanan dan tanggungan suami bukan bererti suami terlepas daripada tanggungjawab. Bagi seorang lelaki yang betul-betul ada harga diri, beliau akan berusaha dengan sedaya upata bagi memenuhi segala keperluan isteri, anak-anak dan keperluan rumah tangga tanpa mengharapkan hasil pendapatan isteri.

Ingat lagi kisah seorang suami yang sanggup melakukan kerja sampingan bagi menyara
keluarga walaupun isterinya bekerja. Inilah lelaki sejati yang menghargai isteri.
Namun, berapa ramai lelaki yang sanggup melakukan sedemikian. Kebanyakkan lelaki sekarang ini, duit aku duit aku, duit isteri pun duit aku juga sebab aku ni suami, isteri kene ikut kata aku. Hmmmm.. memang boleh punah kebahagiaan rumah tangga individu sebegini.

Menyebut tentang hasil pendapatan isteri, ingin diingatkan para isteri yang bekerja, memang tak salah kita membantu meringankan beban suami tetapi jangan terlalu membiasakan suami kita dibantu sewenangnya. Hasil pendapatan kita adalah hak kita yang mutlak. Kita bebas membelanjakannya sewenangnya hatta nak beli barang kemas selori pun adalah tidak salah.

Cuma, secara logiknya, sudah tentulah kita ingin membantu suami kerana suami adalah insan yang kita cintai. Seperti yang ditegaskan, tidak salah membantu tetapi ada batasan. Walaupun tidak semua tetapi kebanyakkanya para suami yang sentiasa ditolong ini akan mudah lupa diri. Rasa bebas bernafas sikit, terus segala tugas yang patutnya dipikul oleh suami telah diserah bulat-bulat kepada isteri.

Suami pula, mula pasang strategi nak tubuh “cawangan” terkini. Satu perkara lagi, ingin diingatkan kepada para isteri, jangan sesekali menyerahkan segala hasil pendapatan kita kepada suami. Pendapatan kita itu adalah hak kita sepenuhnya.

Sekiranya ingin membantu, berikan sekadar yang perlu sahaja. Biasakan juga menyimpan segala resit perbelanjaan yang kita keluarkan bagi membantu suami menguruskan rumahtangga. Sebabnya, kita tidak tahu apa yang bakal terjadi di belakang hari. Bukan meminta atau mendoakan tetapi tidak salah kita bersedia menghadapi segala kemungkinan.

Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Mungkin kita yakin kasih suami sepanjang hayat tetapi dalam sesaat,segalanya boleh berubah. Kebahagiaan 25 tahun hidup bersama boleh musnah sekelip mata hanya apabila wujud insan ketiga. Ini yang terjadi kepada seorang isteri. Setelah 25 tahun berkongsi dan berkorban segala, akhirnya beliau ditinggalkan sendiri bersama hati yang lara. Hanya anak-anak pengubat duka. Sesal dah tak berguna. Berbanding seorang kawan yang telah beringat-ingat sejak awal, hampir segala lelahnya dibayar apabila segala bukti pengorbananya yang tidak dihargai suami dikemukakan kepada pihak mahkamah. Lantas, beringatlah jangan dah terhantuk baru nak tergadah.

 

MOOD SEKARANG : TIADA MOoD

 

APE PENDAPAT KORANG? JOM KITA SHARE…


My job

I hate my job now !!!

Yes.. indeed…

Make my mood down each time….

People who are difficult to give cooperation…furthermore, its theirs not me…

De-motivated….

What is the solution ???

Saya sangat stress !!

Saya sangatlah stress lately ni… sebab ape??

  1. Susu saya merundum, stock tinggal 3 botol sahaja ye gara-gara minggu sebelum ni ramai students, makanye jadual pam saya dah tak betul, sekejap termiss 1 sesi, terlambat pam sejam dan sebagainya… akhirnya effect terasa pada minggu ni. Haritu hati dah suke sebab ada peningkatan, nak menaik punyelah amik masa lama, tapi nak menurun sekejap aje.. INI TIDAK ADILL !!! huhu x baikkan ckp camtu
  2. Kerja , bapak banyak kerja semua urgent.. cant cope oredi… dead…
  3. Anak tak sehat, kakak dan abang selsema dan demam, tup2 macam jangkit si kenit aryz, suara dah mula serak2.. arghh.. aku paling x suke kalau anak2 sehat, dengan aku aku sekali rasa tak sehat, first sebab asyik nak kena dokong, 2nd sebab hati naluri seorang ibu pepaham jekla..’risauuu’
  4. Jadual baby aryz bangun menyusu malam berubah, clash dengan waktu pam aku di malam hari (pagi bute actually). Sesi pagi aku pam kul 4 lebih pagi , dan baby usually akan bangun minum susu dalam kul 5.30 – 6.00 am. Sekarang ni dah bertukar pukul 4 lebih jugak. camno aku nak pam.. very de struggle untuk cukupkan stock 21 oz per day… argghhh…ujian …
  5. Banyak lagi buat aku stress……… tapi atas ni the most headache…

 

Terima kasih kerana mendengar luahanku.. keke

Yes !! Nuffnang earnings!

Yesss!!!

again…

can claim RM 50.00 from NUFFNANG…

This is 2nd time…

Orang lain dah beratus2..

aku baru la RM100.00

Kecoh je lebih..

“ada aku kesahh???”

nak claim ke? or nak kumpul until RM100.00 ??

Pagi yang panas…

Pagi ni hangen aje satu badan, sangat tidak bagus kerana memulakan hari pertama bekerja dengan mood yang tidak okay.

Pagi-pagi dah hangen ngan laki…

pastu

Cari cermin mata merata tak jumpa-jumpa…

Tup2,

laki jumpa cermin mata…

atas TV

walhal dah tawaf berapa kali dah kat rumah…

hangenn… hangenn….

Tapi….

Sampai kat ofis..

ada orang tegur…

Lawalah kau arini… (kembang terus semua otot2,)


Wakawkwakwakwakwakwa…… kelakoo…

Hangen-hangen semua terus terbang ke awan..

Sekian……..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...